Tuesday, October 13, 2009

Habbatus Sauda'






Dah lama mama mencari makanan kesihatan untuk dijadikan makanan tambahan famili. Macam-macam mama cuba.Mama jadik ahli hampir semua produk kesihatan yang ada di pasaran. Sudahnya tak der satu pun yg bertahan lama. Ade sebab harganya mahal, ade jugak sebab tak pasti halalnya dan ade jugak sebab tak berkesan pun. Last-last mama decided nak carik makanan tambahan mengikut sunnah.

Cuma satula mama nak advice, kalau boleh carik produk yang dalam bentuk liquid atau serbuk kerana ianya lebih baik daripada pil. Pil boleh mengganggu kesihatan buah pinggang jika diambik untuk jangka masa yang panjang. Lagi-lagi kalau tak minum secukupnya.


HABBATUS SAUDA'

Habbatus sauda' atau dalam omputihnya onion seeds nih,merupakan satu penciptaan Allah yang cukup banyak manfaatnya. Sampaikan Rasulullah SAW ada bersabda "Gunakanlah Habbatus Sauda' krn di dalamnya terdapat sejenis ubat untuk segala jenis penyakit kecuali maut" (HR Bukhari,Muslim).

Bila dah Rasulullah bersabda gitu, tak perlula nak was-was lagi. Maka kerana itu mama mencari dan mencuba beberapa jenis Habbatus Sauda' nih, yg dlm bentuk pil ader..yg dalam bentuk minyak pun ader. Tapi mama lebih prefer dalam bentuk minyak kerana percaya ianya lebih tulin. Tapi kalau dlm bentuk minyak nih ader macam2 jenis jugak, ader yg dari Syria warnanya tak begitu gelap, dan ader dari Yaman, warnanya gelap kemerah-merahan .Mama dah try kedua-duanya, yang dari Yaman lebih ok (seperti di gambar). Sangat oknya. Rasanya tak begitu kuat,dan tak berbau sgt.Ade member mama bagitahu yg dari Yaman tu lebih baik kualitinya dari Syria.

Setakat nih dah ramai member mama ambik minyak habbatus sauda' yg mama syorkan. Alhamdulillah semuanya berpuas hati. Badan pun terasa lebih sihat dan kalau ader yang banyak angin dalam badan tu sgt elokla mengambiknya, berlumba-lumbala angin tu kuar dari badan....
Cara makannya ambil 7 titik setiap pagi (sebelum sarapan) tapi mama sulamkan ngan air milo suam sbb nak kurangkan rasa keminyakannya.

Bagi yang ada masalah alergi cam mama nih, sejak mama makan habbatussauda' nih, hilang rasa gatal-gatal dlm badan. Mula-mula makan ubat tahan gatal yang doktor bagi, tak jalan...hilang sekejap jer...pastu makan habbatussauda' nih dalam seminggu tu alhamdulillah hilang alerginya.
Tapi ini semua bergantung kepada badan masing-masing. Cuma habbatussauda' nih memang berkesan pada mama.

Lagi satu dikatakan jugak ianya elok untuk menambah susu badan, cam mama yg masih menyusu badan utk Syafiq yg 9 bulan nih. Hmm...tapi kalau kita stress susu kurang jugak. Tapi kalau tak stress, mama pernah dapat pam susu sebanyak 8 oz-9 oz. Syok tul masa tuh....

So my advice, kawal stress sebaik2nya,banyak minum air dan bykkan bg baby menyusu/pam selalu kat ofis (gunakan pam yg berkualiti), biar signal tambah susu tu sampai ke otak selalu, jadi bykla susu tu...Tulis nih memang senang, praktikalnya yang susah skit.

No comments:

Post a Comment